everything in my life,,,
aku adalah akuu..!!!



fRoM mY hEaRt & mY sOuL.....
bila keyboard ku mula menari...

Friday, March 30, 2012

no title

mase mule2 nk ejass duluu
sumenyee sweet...sume bende bt pom nk sweet
msg or ckp pom sweet jer....
haaaaa,,bile dah dapat..sume xde dah nye..
asal xkene ckit nk mlenting..
bukan nk paham kite kan..
cri pom tyme perlu jer...
xde dahh sume2 cam nk ngejah duluuu
kecek pom xde dah nk sweet ke leklok ke kan...
mmmmmmm..cam tuu lah tuu kot jadinye..
ni bru 2 taon lebih kan...
ntah2 law kawenn..lagi laaa xde..
yelahh dah dapat kan....!
silap2..nk tgok pom x dah..ni kan plak nk romantik2..
jauh panggang dr api laa kan...
mmg cm tuu laa pompuan ni...selalu jer makan ati ngn lelaki
xkire laaaa lelaki cm ner pom..ensem ke x ensem ker
baek ke xbaek ker kan..
memang same jer..
bileee dah dapat, sume2 dah xde dah...
tuu lah kite nie jangan nk lebih2 sgt sayang lelaki ni...
tapi nk wat cm ner kan,,dah fitrah pompuan..
asal terase ckit ker terus nk nanges..
xde gune sbnaar nye ..
bukan maen ckap paham kite..kenal lame..
kenal ke cmtuuu??
uhhhh,,whatever lah...
no tyme to think ...
layan kan jer laaa...
bukan orang tahu pom kite nak org treat kite cm ner..
yelahhh,.,,orang dah dapat kite..
ape nk kesah dah..xpayah pk pom xpe prasaan kite,,
dah xpenting dah...
cari pom time2 perlu jer...time xperlu xpayah..
jadi kite ni barang orang wat maen2 jer..
time nak ambik..tanak buang...
errmmm..biase laah kan....
bukan orang thu, kite nk cm ner..
biaaa laaaa....=(
...........
.........




p/s : jangan nk syg llaki lebih2 sangat, sume llaki same jer...tiko nk ngejah jer elok nye
dah dapat,,xde nye dah sume2 tuuu,,,
so, plissss,,wanita2 jangan obses sgt taw ngan llki ,, wat lex2 sudah..
layan pom acuh x acuh jer..(pesanan utk diri sendiri jugak  ni)..

one more things,,lelaki ni xkan leh syg pompuan
same cam pompuan sayang llaki tuu taw even word sayang tuu
xpenah lekang dr bibir manis lelaki tuuu...ni fact!
saye dapat kat tenet...
memang betol fact nie....

so, lex2 sudaaaaaa...=0




Thursday, March 29, 2012

bestnye kan law dapat pasangan romantik...!


Aku : Saya tidak layak untuk awak.
Kau : Kenapa?
Aku : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Kau : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Aku : Awak pintar, awak ada banyak peminat.
Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Aku : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Aku : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.
Aku : Awak terlalu sempurna.
Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).

aduhhh...bahagianya law dapat bakal suami yang sweet cm nie.........


Telah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini..
Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu.
Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ?
Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “Usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu”  Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku..
Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya..
Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita..
Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ?
Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ?
Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semuabersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan.
Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama.
Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“Keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad.
Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha.
Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu.
Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik.
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

** Dari hati yang tulus ikhlas.. Hanya untukmu.. Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..