everything in my life,,,
aku adalah akuu..!!!



fRoM mY hEaRt & mY sOuL.....
bila keyboard ku mula menari...

Monday, November 1, 2010

bosan...nk stady mls..hu2.















hai....
cun x sy....
nk bekenalan..boley jer..hek2...


Tahu tak, cinta
sebenarnya sama
seperti seseorang yang
menunggu bas. Bila bas
tu datang, awak tengok
bas tu dan awak kata
pada diri awak,"Eee...
penuhnya... tak ada
tempat duduk."
Jadi, awak katakan pada
diri awak, "Saya akan
tunggu bas yang lain."
Awak pun biarkan bas
itu berlalu dan awak
tunggu pulak bas yg
lain.
Kemudian, datang pulak
bas yang kedua. Awak
tengok bas tu dan awak
akan cakap, "Eee... bas
ni buruk sangat, mesti
tak selesa. Dan mungkin
bas ni akan rosak
ditengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan
bas buruk tu berlalu dan
awak bercadang untuk
tunggu bas yang
seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang
lagi sebuah bas. Bas
yang datang tu kosong,
tak penuh dan tak
seburuk bas yang tadi
tapi kali ni awak kata,
"Emmm... . takada air-
cond... cuaca pulak
panas. Lebih baik saya
tunggu bas yang lain."
Dan sekali lagi awak
biarkan bas itu berlalu
dan awak bercadang
untuk menanti bas yg
seterusnya. Tiba-tiba
awan mula gelap, cuaca
semakin mendung dan
baru awak perasan yang
awak pula dah
terlambat rupanya.
Awak mula panik dan
terus naik bas yang
datang ketika itu,
walaupun bas itu tak
sebegitu sempurna. Dan
kemudian barulah awak
sedar bahawa... awak
dah naik bas yang salah.
Jadi, selama ni awak dah
membazir banyak masa
dan wang untuk
menunggu apa yang
awak nak. Walaupun
yang datang itu adalah
bas yang beraircond,
adakah awak dapat
pastikan bahawa bas itu
tak akan rosak di
tengah jalan atau
mungkin bas tu tak
terlalu sejuk untuk
awak?
Jadi, (terutamanya
golongan perempuan,
lelaki pun samalah)
mengingini apa yang
awak idamkan tu
memang tak salah. Tapi,
tak salah juga kalau
anda sanggup memberi
satu peluang pada
orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati
"bas" itu tak sesuai
dengan awak, apa yang
perlu awak lakukan
hanya tekan loceng dan
turun daripada bas tu.
Tapi... saya pasti awak
semua tentu ada
pengalaman yg macam
ni. Awak nampak
sebuah bas datang
(tentulah bas yg awak
nanti- nanti kan), awak
tahan bas tu tapi
pemandu bas tu pulak
buat tak faham dan
pura-pura buat tak
nampak awak dan terus
berlalu tinggalkan
awak! Hahahaha... . Bila
ada bas yang lalu
melintasi saya macam
tu, apa yang saya
lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya
untuk mengejar bas tu
sebab setiap kali, awak
akan terjatuh dan
menyakiti diri awak
sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah
ibarat menunggu bas,
sama ada awak nak naik
dan beri peluang pada
bas tu... semuanya
terpulang pada diri
awak. Dan bila awak
berjalan, awak
sebenarnya cuba
melarikan diri daripada
cinta!

No comments:

Post a Comment