Andai Cinta ingin diberi…berilah kepada seseorang yang benar-benar layak,yang boleh digelar
1.Kuat agamanya.Walau sibuk macam mana pun,dia tetap memelihara solat fardhu.Mampu menjadi imam untukku dan untuk anak-anakku.Mampu untuk membimbingku ke jalan yang diredhai Allah.
2.Mempunyai akhlak yang baik.Percakapannya yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang sedang marah.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur.Sopan tutur kata dan mempunyai hati yang mulia.Mempunyai rasa hormat kepada warga tua.
3.Menghormati ibu bapaku.Dia harus faham biarpun ketaatan seorang isteri selepas berkahwin hanyalah hak mutlak suami tetapi aku mohon untuk membalas jasa budi ibu bapaku yang telah mendidikku sejak dari kecil.Izinkan aku menjaga ibu bapaku walau dalam apa jua keadaan pun.Maafkan aku bila aku meletakkan kepentingan Ibu bapaku di tangga yang teratas.Tetapi itu bukan bermakna aku akan mengabaikanmu,tidak sama sekali.
4.Tegas mempertahankan maruah.Dia tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Islam.
5. Amanah dan tidak boros.Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja.Dia bukanlah seorang yang kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6.Menundukkan pandangan mata ketika melihat perempuan.Sekiranya matanya liar memandang perempuan lain dia bukanlah calon yang sesuai untuk aku.Sebab aku adalah pencemburu berat.
7.Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan.Aku tidak kisah dia mempunyai kawan lelaki dan kawan perempuan tetapi aku tidak mahu dia menjadi fitnah orang.
8.Bertanggungjawab.Dia hendaklah seorang yang mementingkan ibu bapanya.Yang sentiasa menjenguk ibu bapanya.Yang sentiasa mengambil berat akan ibu bapanya.Jika ibu bapanya sedang hidup melarat dan dia hidup hebat…say good bye laaa
9.Mempunyai wajah yang tenang.Wajahnya tenang setenang waktu dia bercakap dan bertindak.
10.Jujur & berterus terang.Aku menerima apa adanya,tetapi tolong berterus-terang dengan aku.Sebab aku tidak mahu kepercayaan yang aku beri 100% hanya tipu semata-mata.
Aku sendiri kurang pasti dengan masa depan ini,Cuma aku menetapkan criteria-kriteria ini bukan bermakna aku terlalu memilih tetapi aku harus memikirkan masa depanku,untuk ibu bapaku dan untuk anak-anakku…
jika dia bukan untukku....ak terima...sbb ak hanya seorg perempuan......
permpuan tdk mgkin mampu mncari seorg lelaki....biar masa menentukan segalanya....
berdiam diri mungkin lebih baik dr hati ini luka di panah rindu....
No comments:
Post a Comment